Herba Mandian Aura - Mandian Dalam Pantang Bersalin

RM 38.90 RM 34.90

Ex Tax: RM 34.90

Availability:
In Stock
Product Code:
Herba Mandian Aura (3 pek utk setiap 1 set)

Not yet rated
Write a review

Description

Ingin segarkan badan selepas bersalin dengan mandian herba tapi sukar untuk mendapatkan bekalan daunnya?

Ingin kembali ceria selepas bersalin dengan haruman segar dari mandian herba?

Anda tinggal dibandar yang sememangnya tiada bekalan daun herba untuk mandian selepas bersalin?

Penyelesaiannya ada disiniā€¦

Memperkenalkan herba mandian aura yang diformulasi istimewa dan boleh digunakan sebagai mandian bagi ibu didalam pantang selepas bersalin.

 

Khasiat dan kegunaan herba mandian aura :

  • Untuk membuang angin didalam badan
  • Untuk menyegarkan urat saraf
  • Untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga yang lemah dan menghilangkan stress
  • Untuk menghilangkan bau badan
  • Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Membantu mengatasi masalah kebas-kebas dan sengal tulang, sendi dan otot badan sewaktu didalam pantang

Kami hanya menawarkan yang terbaik bagi anda pelanggan kami.

Herba mandian aura ini sememangnya patut dimiliki oleh setiap wanita yang bakal bersalin kerana :

 

Mudah digunakan

Herba mandian aura ini dibungkus didalam uncang seperti teh tetapi dalam saiz yang lebih besar (sebesar separuh kertas A4). Dengan ini anda tidak perlu mengikat daun bersama rantingnya satu persatu sebelum daun herba direbus tetapi cukup dengan hanya memasukkan uncang kedalam periuk yang berisi air.

 

Tahan Lama

Ya, herba mandian aura ini tahan lama kerana daun herba yang digunakan telah dikeringkan tanpa menjejaskan khasiatnya. Dengan ini anda tidak perlu risau untuk menyimpannya untuk tempoh yang lama dan menggunakannya apabila perlu asal sahaja ia disimpan ditempat yang kering.

 

Sangat Praktikal

Oleh kerana ia dibungkus didalam uncang, daun herba hanya terkumpul didalam uncang. Dengan ini anda tidak lagi perlu menapis air rebusan setiap kali selepas herba mandian direbus sebelum digunakan untuk mandi.

 

Menjimatkan!

Ya, ia menjimatkan! Setiap uncang mandian herba ini boleh digunakan untuk 2 ke 3 kali rebusan. Dengan harga RM34.90 untuk 3 uncang herba mandian aura ini, ia boleh digunakan sehingga 12 ke 15 kali mandian, sememangnya ia berbaloi untuk anda miliki!

 

Pelbagai kegunaan

Ya, selain dari sebagai mandian selepas bersalin, herba mandian aura ini juga boleh digunakan untuk sauna. Caranya rebus herba mandian sehingga mendidih dan wapnya boleh digunakan untuk bersauna.

 

Bukan itu saja, saya dapati herba mandian ini juga memberikan kebaikan berikut :

 

Menjimatkan masa

Kini anda tidak lagi perlu memikirkan apakah daun herba yang boleh digunakan sebagai mandian sewaktu didalam pantang selepas bersalin. Semua herba terpilih ini kini tersedia didalam satu uncang dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

 

Sangat Ringan

Jadi ia boleh boleh dibawa kemana-mana sahaja. Bagi mereka yang baru bersalin sememangnya tidak digalakkan mengangkat barang yang berat. Tetapi oleh kerana herba mandian ini ringan sahaja maka ia boleh diangkat oleh mereka.

 

Bau wangi yang bertahan lama

Jika anda mahu, herba mandian ini boleh diletakkan didalam bilik sebelum ia digunakan. Pasti bilik anda berbau wangi dan harum.

Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja

Herba mandian aura ini tidak terhad penggunaannnya kepada mereka yang baru lepas bersalin sahaja. Tetapi ia juga boleh digunakan untuk mereka yang ingin mengembalikan kesegaran badan dan menghilangkan stress.

 

Sebagai aromaterapi

Bau herba mandian aura yang harum dan menyegarkan pasti membantu menenangkan perasaan anda seterusnya membantu anda untuk sembuh dengan lebih cepat selepas bersalin.

 

Ramuan herba mandian aura yang diformulasi khas untuk ibu-ibu bersalin ini adalah dari campuran daun-daun herba terpilih yang berikut :

  • Serai wangi
  • Daun pandan
  • Meringan
  • Chapa
  • Inai
  • Kunyit / Halia bara
  • Pisang kelat

Cara Penyediaan Herba Mandian Aura :

  1. Rebus dengan 3 gayung air
  2. Biarkan hingga mendidih.
  3. Kemudian air rebusan bolehlah dicampur dengan air sejuk sehingga menjadi suam atau mengikut kepanasan yang diinginkan
  4. Sebungkus herba mandian ini boleh digunakan sehingga 2 ke 3 kali rebusan atau sehingga ia tidak mengeluarkan warna lagi.
  5. Untuk mandi, seeloknya dimulakan dengan menjirus air dari bahagian kaki hingga keatas seterusnya keseluruh anggota badan termasuk kepala
  6. Keringkan herba mandian ditempat panas atau ditempat yang beranginn setiap kali selepas direbus untuk kegunaan seterusnya.
  7. Herba mandian aura ini boleh digunakan sehingga 5 kali mandi

 

** 1 set mengandungi 3 pek herba mandian aura

 

PERHATIAN :

Telah terbukti sejak tahun 2008 , herba mandian aura yang kami tawarkan KEKAL BERSIH, KERING DAN BEBAS KULAT .

Ini kerana kami sentiasa menjaga kualiti dan memastikan proses pengeringan herba mandian aura ini dibuat dengan penuh teliti agar segala manfaat dan khasiatnya dapat dinikmati oleh anda sepenuhnya.

KLIK ADD TO CART SEKARANG!

* * * Caj Pos Laju untuk penghantaran tempahan anda akan kami caj sekali saja tidak kira berapa banyak tempahan anda.

* * * Jadi sebaiknya tempahlah lebih dari satu (1) barang untuk lebih penjimatan.

Reviews (0)

Write a review

Note: HTML is not translated!

Bad            Good


Continue

ButikBengkungModen.com

Kami menawarkan set kelengkapan penjagaan selepas bersalin terutama bagi ibu yang bersalin pembedahan (CESAREAN) dan telah menjalan perniagaan di internet sejak tahun 2008. No Pendaftaran Syarikat TRIPLE F MARKETING ( SA0300664-W)

Contact Us

017-6747408
017-6747408
bengkungmoden@gmail.com

bengkungmoden

Facebook